Jaminan Kami Kepada Anda

PROSES UNTUK STANDARD TERTINGGI

Jabatan Jaminan Kualiti kami memastikan bahawa semua operasi dan amalan yang dijalankan sentiasa mematuhi semua peraturan-peraturan yang berkaitan terutama standard halal dan piawaian keselamatan makanan.

Kesemua produk yang kami sediakan mematuhi kehendak syarak dan standard halal yang telah digariskan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Melaka. Mewujudkan komiti halal bagi memantau perjalanan proses bermula dari penerimaan, penyembelihan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan sehingga penghantaran agar menepati kehendak syarak sepenuhnya.

Kami telah dianugerahkan Sijil Kepastian Kualiti sejak 13 Mei 2009 dibawah Skim Pensijilan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Dibawah logo ini menandakan bahawa premis ini telah akur sepenuhnya kepada keperluan asas, amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan Analisis Titik Kawalan Bahaya (HACCP) serta kawalan persekitaran.